Jenis Penapis Air Rumah, Mana Satu Pilihan Anda
Jenis Penapis Air Rumah
Di zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua rumah mempunyai Penapis Air. Teringat ketika kecil dahulu memang tak ada jenis penapis air di rumah semuanya kami masak sahaja. Tidak di nafikan memang sebenarnya air kotor dan rasa air yang tidak enak. Kadang kala air berwarna kuning dan rasa karat. Tak terbayang dahulu akan ada pelbagai Jenis Penapis Air untuk kegunaan rumah. Pelbagai model dan design menarik , tak kurang juga pelbagai kelebihan.
Terdapat pelbagai Jenis Penapis Air Untuk Rumah yang boleh anda pilih mengikut budget dan keperluan anda. Dari yang kecil sehingga yang besar, dari yang biasa sehingga yang berjenama. Saya sempat kumpulkan beberapa jenis untuk informasi anda.
Penapis Air Portable
Penapis Air ini serperti Jug air yang boleh di bawa ke mana sahaja. Sesuai untuk kegunaan isi rumah yang tak ramai dan untuk travel. Jika untul travel saya sangat suka yang ni sebab mudah di bawa. Nak balik raya di rumah kampung mungkin tiada penapis air . so bolehla guna yang ni.
Penapis Air Sink
Di pasang berhampiran sink dan boleh . Kelebihan atau kekurangan dari segi tapisan dan juga alat ganti bergantung Jenama. Tapisan nya mungkin kurang kerana mengunakkan 1 sahaja penapis. Selalunya saya jumpa mereka yang gukakkan Penapis Air macam ni selalu tiada alat ganti atau lama tidak di selengarakan. Tak pasti kenapa. Mungkin alat ganti susah.
Penapis Air Blondal
Penapis Air Blondal Malaysia Model Kalla 8 ni untuk di pasang di bawah sink. mempunyai lebih dari 1 tapisan dan juga berkualiti. Cuma tak ada panas dan sejuk. Pada saya masih ok jika kita tak selalu minum air sejuk atau panas. dan ia juga sesuai untuk kerja-kerja memasak yang bersih.
Penapis Air Sejuk Panas Coway atau cuckoo
Mempunyai pelbagai model dan design dan juga model mengikut keperluan anda.Pada yang malas nak masak air atau nak sejukkan air boleh la gunakkan 2 Jenis Penapis Air Popular ni untuk kegunaan rumah.
Dengan pelbagai pilihan Jenis Penapis Air ini anda perlu bijak dan tahu Tips Memilih Penapis Air supaya ia berbaloi untuk anda